Professor O&G dan Pendidikan Perubatan (Pengajaran Klinikal)
Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi Fakulti Perubatan UKM
Pengasas dan Pengarah Akademi Dr Har
Profil Pengasas

Datuk Dr Harlina Halizah Hj Siraj @ Hj Ramli
Berkelulusan Doktor Perubatan (UKM)-1991, Doktor Kepakaran O&G (UKM)-1997 dan Sarjana Pendidikan Klinikal (Melbourne) 2018. Kini menjawat jawatan Profesor O&G dan Pendidikan Perubatan (Pengajaran Klinikal) Fakulti Perubatan UKM. Bidang pengkhususan merangkumi kesihatan seksual dan reproduksi, perancangan keluarga, pembinaan sahsiah dan profesionalisme pengamal perubatan dan pengajaran klinikal. Menganggotai panel Jawatankuasa Teknikal Kesihatan Remaja Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semenjak 2010 dan Ahli Majlis Kebangsaan untuk Kanak-kanak (2019 – 2021).
Aktif dalam dakwah dan aktivisme masyarakat melalui pembabitan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Islah Malaysia (JIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN) dan Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH). Dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Rahmah, Yayasan Dakwah Islamiah (MAWAR – YADIM) sesi 2019 – 2020.
Terkini, beliau menjadi Pengasas dan Pengarah Akademi Dr Har, di samping menjadi Pengerusi Yayasan Kepimpinan Mawar (MAWAR).
Dianugerahkan bintang kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh DYMM Tuan Yang Dipertuan Agung sempena Hari Wilayah 2019.
Sering muncul ke udara di kaca TV dan radio tempatan – menyentuh aspek pembangunan wanita, keibubapaan dan kekeluargaan, kesihatan seksual dan reproduktif remaja.